Edu Vision

Pembangunan bahan digital berbentuk video PdP merupakan agenda transformasi alam pendidikan di alaf ke-21. Sumber informasi bukan sahaja terhad kepada buku mahupun media cetak semata-mata tapi ianya kini lebih meluas kepada bahan e-Content yang mudah diperolehi dari dunia internet.

Pengenalan

Video Pengajaran dan Pembelajaran (Video PdP) merupakan pertandingan POLYCC yang bertujuan mengiktiraf penghasilan video PdP berkualiti tinggi sebagai bahan sokongan pengajaran, pembelajaran kendiri dan pembelajaran fleksibel. Kategori ini menekankan kejelasan pedagogi, kesesuaian kandungan dan keberkesanan penyampaian selaras dengan keperluan pembelajaran digital dan TVET.

Objektif utama amalan pembanunan video PdP ialah:

Pengukuhan Bahan Berteknologi

Menggalakkan penghasilan bahan PdP digital yang sistematik dan berkesan

Fleksibiliti dalam Pembelajaran

Menyokong pembelajaran kendiri dan pembelajaran fleksibel

Keberkesanan dan Impak

Meningkatkan kualiti penyampaian PdP melalui multimedia

Penglibatan Aktif Pelajar

Menggalakkan perkongsian amalan terbaik PdP dalam kalangan warga POLYCC

Hubungi Kami

Bahagian Instruksional dan Pembelajaran DIgital

03-88882820

Mungkin Anda Pemenang eDOLA 2026

Sertai Kami di