Anugerah Rekabentuk Instruksional Fleksibel (ARIF)
Anugerah Rekabentuk Instruksional Fleksibel (ARIF) merupakan satu inisiatif yang mengiktiraf reka bentuk instruksional inovatif berasaskan teknologi yang meningkatkan fleksibiliti dan penglibatan dalam pendidikan. Anugerah ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada pendidik yang menerapkan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang adaptif, interaktif, dan berimpak tinggi dalam meningkatkan pengalaman pembelajaran pelajar.
Pengenalan
ARIF diadaptasikan daripada pertandingan Anugerah Khas Reka Bentuk Kurikulum dan Penyampaian Inovatif (AKRI) anjuran oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). ARIF menumpukan kepada rekabentuk instruksional yang mengaplikasikan teknologi secara berkesan dalam meningkatkan pengalaman pembelajaran yang fleksibel dan imersif.
Reka bentuk instruksional yang dilaksanakan dalam ARIF perlu mempunyai ciri-ciri berikut:
Inovasi dalam Teknologi
Penggunaan teknologi terkini seperti penggunaan video PdP, realiti maya (VR), realiti terimbuh (AR), kecerdasan buatan (AI), atau alat pembelajaran digital yang meningkatkan keterlibatan pelajar.
Fleksibiliti dalam Pembelajaran
Reka bentuk instruksional yang membolehkan akses pembelajaran yang lebih terbuka, menyesuaikan dengan keperluan pelajar, dan menyokong pembelajaran kendiri.
Keberkesanan dan Impak
Bukti bahawa pendekatan yang digunakan meningkatkan pemahaman, motivasi, dan prestasi pelajar melalui kaedah inovatif.
Penglibatan Aktif Pelajar
Strategi pembelajaran yang mendorong interaksi aktif, kolaboratif, dan reflektif di kalangan pelajar.
Pematuhan kepada Keperluan Kurikulum:
Reka bentuk yang sejajar dengan objektif pembelajaran, hasil pembelajaran yang dihasratkan (LO), serta piawaian akademik.
Hubungi Kami
Bahagian Instruksional dan Pembelajaran DIgital
Pembelajaran Imersif Bersemuka
Kaedah pembelajaran yang mengintegrasikan teknologi imersif dalam sesi pengajaran bersemuka untuk meningkatkan pemahaman dan interaksi pelajar. Subkategori ini adalah penyertaan wajib bagi setiap Politeknik Malaysia.
< 30% pembelajaran adalah dikendalikan secara atas talian.
Pembelajaran Imersif Teradun
Pendekatan pembelajaran yang menggabungkan elemen digital dan bersemuka secara harmoni untuk memperkayakan pengalaman pembelajaran. Subkategori ini adalah terbuka untuk penertaan oleh pensyarah Politeknik dan Kolej Komuniti.
30% – 79% pembelajaran adalah dikendalikan secara atas talian.
Perincian Penghantaran
1
Lengkapkan Borang
Kemaskini Google Form Borang Permohonan ARIF yang disediakan.
2
Sertakan Pembuktian
Muat naik bahan bukti di dalam Borang Permohonan ARIF dan sistem penghantaran.
3
Lampirkan Course Outline
Sertakan bersama course outline. Nyatakan peratusan (%) student learning time (SLT) di dalam course outline yang terlibat di dalam kaedah pengajaran ARIF.