SEJARAH eDOLA

Sebelum tercetusnya eDOLA, langkah pertama bermula dengan penubuhan jawatan Multimedia Resource Officer (MARO), kemudiannya diperkukuh melalui kewujudan Pegawai e-Pembelajaran (PeL) serta penubuhan Centre of e-Learning and Teaching (CeLT), yang menjadi pemangkin kepada pemerkasaan pembelajaran digital secara lebih tersusun dan strategik.

2009

2009

Kumpulan Pegawai Multimedia dan Sumber Politeknik Malaysia telah menganjurkan satu majlis festival video PdP buat julung-julung kalinya pada 2009 di Hotel Quality Shah Alam dengan 163 penyertaan.

2013

2013

Rentetan dari itu, eDOLA kali pertama telah diadakan di Politeknik Ungku Omar (PUO) pada tahun 2013 dengan nama CIDOS Inspiring Learning Awards bertemakan E-Micro Content Competition.

2022

2022

Setelah 10 tahun, eDOLA X telah kembali ke bumi Politeknik Ungku Omar pada tahun 2022 untuk meraikan kecemerlangan legasi eDOLA sepanjang penganjurannya.

2025

2025

eDOLA XIII iaitu penganjuran kali ke 13 telah menyaksikan revolusi terbaharu dengan pengenalan Program eDOLA Digital Fair yang telah dilaksanakan julung kalinya di Setia CIty Mall dan disusuli dengan Majlis Anugerah eDOLA di Shah Alam Convention Centre bertemakan An AI-TVET Experience.