Video Kreatif AI
Kategori ini merujuk kepada proses penghasilan video menggunakan teknologi kecerdasan buatan untuk menghasilkan kandungan yang unik, menarik, dan berkualiti tinggi. Video kreatif yang dibantu oleh kecerdasan buatan merujuk kepada proses penghasilan video mampu meningkatkan atau menyokong aspek kreatif dalam penghasilan video. Ini melibatkan penggunaan algoritma komputer untuk menghasilkan, mengedit, atau menambah elemen kreatif dalam video dengan cara yang lebih automatik atau semiautomatik.
Pengenalan
Penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam penghasilan video kreatif membawa pelbagai manfaat kepada industri kreatif dan pengguna. AI membolehkan proses pengeluaran video menjadi lebih pantas dan cekap. Dengan algoritma pengeditan video pintar, penghasilan video boleh dilakukan dengan lebih cepat, menyeluruh, dan tanpa perlu campur tangan manusia yang melibatkan penjanaan idea kreatif, penyuntingan, dan penghasilan keseluruhan.
Kategori ini bertujuan untuk:
Ekosistem Baharu AI
Menyokong pembangunan ekosistem AI dan TVET Digital POLYCC
Inovasi Bahan Pembelajaran
Menggalakkan inovasi kandungan digital berasaskan AI
Amalan Baik AI
Menjadi platform pendedahan amalan terbaik penggunaan AI secara bertanggungjawab
Hubungi Kami
Bahagian Instruksional dan Pembelajaran DIgital
Perincian Penghantaran
1
Penghantaran Video Asli
Video Asli yang dihasilkan perlu dihantar mengikut syarat-syarat pertandingan yang telah ditetapkan.
2
Sertakan Video Pembangunan Video
Muat naik video pembangunan sebagai pembuktian pembangunan video dan sokongan kepada penilaian teknikal penjurian.
3
Muat naik di Laman YouTube ShouT!TVET
Hanya link video dari saluran YouTube ShouT!TVET sahaja perlu dimuat naik di sistem penghantaran bahan pertandingan.